LAGIEW CERITA PASAL KALER HITAM PUTIH
HAHA~
DA OBSES SANGAT KAN NGAN WARNE HITAM PUTIH NW SAMPAIKAN TEMA KAHWIN POWN NAK SERBA HITAM PUTIH~
HEHE~
CIK YAH NW BANYAK BETOL BERANGAN. . .
DULU MASE KECIK2 IBU BAGITAU CIK YAH NI PANTANG NAMPAK ORANG PAKAI BAJU KAHWIN. . .
KALUT LA CIK YAH CAKAP KAT IBU DENGAN DIALEK BUDAK2 YANG BARU BOLEH BERCAKEP. . ."IBU NAK TAWEN . . .NAK TAWEN'
HAHA~
GATAL KAN?KECIK2 AGI NAK KAWEN. . .
TAK LEH NAK IMAGINE MACAMANE LA MUKA IBU MASEW TU. . .
APEPOWN PERKAHWINAN ITU MENJADI IMPIAN SETIAP BAKAL BAKAL PENGATIN
DAN SEMETINYA MEREKA NAK YANG TERBAIK KERANA SELALUNYA KITA NW NAK KAWEN SEKALI JEW SEUMUR HIDUP. . .DAN MASE SEKALI TULAH KITEW NAK MAJLIS YANG BETUL2 PERFECT. . .KAN2?
TAPI ADEW RAMAI JEW YANG KAWEN BANYAK KALI DISEBABKAN TAK DEW JODOH~
PUTUS DITENGAH JALAN~
HAHA~PANJANG DA NW
CIK YAH HARAP IMPIAN CIK YAH NW MENJADI KENYATAAN
INSYAALAH ADE UMUR YANG PANJANG DAPAT LA KAWEN
PAKAI TEMA HITAM PUTIH GITU
CEH UMUR MYDA LAGIEW NW. . .DA GATAL NAK KAWEN
HEHE~
BUKAN NAK KAWEN SEKARANG POWN. . .
TUNGGU MASE YANG SESUAI LA AN. . .
ADE JODOH KITA KAWEN
SO JOM KAWEN RAMAI2 . . .
CIK YAH NAK KONGSI APE YANG CIK YAH BACE DARI PENULISAN ORANG2 YANG PERPENGALAMAN. . .
SO LAYAN JEW~
Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
HAHA~
DA OBSES SANGAT KAN NGAN WARNE HITAM PUTIH NW SAMPAIKAN TEMA KAHWIN POWN NAK SERBA HITAM PUTIH~
HEHE~
CIK YAH NW BANYAK BETOL BERANGAN. . .
DULU MASE KECIK2 IBU BAGITAU CIK YAH NI PANTANG NAMPAK ORANG PAKAI BAJU KAHWIN. . .
KALUT LA CIK YAH CAKAP KAT IBU DENGAN DIALEK BUDAK2 YANG BARU BOLEH BERCAKEP. . ."IBU NAK TAWEN . . .NAK TAWEN'
HAHA~
GATAL KAN?KECIK2 AGI NAK KAWEN. . .
TAK LEH NAK IMAGINE MACAMANE LA MUKA IBU MASEW TU. . .
APEPOWN PERKAHWINAN ITU MENJADI IMPIAN SETIAP BAKAL BAKAL PENGATIN
DAN SEMETINYA MEREKA NAK YANG TERBAIK KERANA SELALUNYA KITA NW NAK KAWEN SEKALI JEW SEUMUR HIDUP. . .DAN MASE SEKALI TULAH KITEW NAK MAJLIS YANG BETUL2 PERFECT. . .KAN2?
TAPI ADEW RAMAI JEW YANG KAWEN BANYAK KALI DISEBABKAN TAK DEW JODOH~
PUTUS DITENGAH JALAN~
HAHA~PANJANG DA NW
CIK YAH HARAP IMPIAN CIK YAH NW MENJADI KENYATAAN
INSYAALAH ADE UMUR YANG PANJANG DAPAT LA KAWEN
PAKAI TEMA HITAM PUTIH GITU
CEH UMUR MYDA LAGIEW NW. . .DA GATAL NAK KAWEN
HEHE~
BUKAN NAK KAWEN SEKARANG POWN. . .
TUNGGU MASE YANG SESUAI LA AN. . .
ADE JODOH KITA KAWEN
SO JOM KAWEN RAMAI2 . . .
CIK YAH NAK KONGSI APE YANG CIK YAH BACE DARI PENULISAN ORANG2 YANG PERPENGALAMAN. . .
SO LAYAN JEW~
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Sejarah perkahwinan~ |
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. [2]
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.
Jenis-jenis perkahwinan~
- Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
- Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]
- Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristianmengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).
Hukum hukum perkahwinan dalam Islam~
- Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
- Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
- Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
- Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
- Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Hikmah perkahwinan~
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
ciri ciri pemilihan
- [sunting]beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
- bertanggungjawab terhadap semua benda
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
- tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
- rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri~
- beriman & solehah
- rupa paras yang cantik dan elok
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- wanita yang subur
- masih dara
- berasal dari keturunan yang baik
- bukan keturunan terdekat
- tidak memandang harta semata-mata
- sebab haram nikah
- Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
- Ibu
- Nenek sebelah ibu mahupun bapa
- Anak perempuan & keturunannya
- Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
- Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
- Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
- Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
- Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
- Ibu susuan
- Nenek dari sebelah ibu susuan
- Adik-beradik perempuan susuan
- Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
- Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
- Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
- Ibu mentua dan ke atas
- Ibu tiri
- Nenek tiri
- Menantu perempuan
- Anak tiri perempuan dan keturunannya
- Adik ipar perempuan dan keturunannya
- Emak saudara kepada isteri
- Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya
Peminangan~
Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))
Rukun nikah~
- Pengantin lelaki
- Pengantin perempuan
- Wali
- Dua orang saksi lelaki
- Ijab dan kabul (akad nikah)
Syarat bakal suami~
- Islam
- Lelaki yang tertentu
- Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
- Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
- Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
- Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
No comments:
Post a Comment